Nota 1: Impian dan Matlamat Hidup Anda

Ramai antara kita tidak mengetahui apakah impian
ataupun apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka. Kebanyakan jawapan yang saya dapat ialah “Saya mahu menjadi seorang yang berjaya”. Tetapi apakah jenis kejayaan yang anda inginkan? Adakah menjadi jutawan dalam jangka masa 5 tahun? Menjadi seorang doktor pakar? Apa yang ingin saya bagitahu di sini, jadikan ia lebih spesifik seperti “Saya ingin menjadi seorang usahawan yang memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta dalam jangka masa 3 tahun”. Ini adalah salah satu contoh sahaja, saya yakin anda boleh mengolah dengan lebih baik. Dengan mempunyai matlamat yang spesifik, anda telah mengenalpasti matlamat yang anda ingin kecapi dalam hidup anda

Nota 2: Berpegang Pada Impian Anda
Mereka di luar sana akan sentiasa menarik anda ke comfort zone (zon selesa) di mana mereka suka melihat anda menjadi diri anda yang sekarang iaitu seseorang yang biasa, tidak mempunyai impian, tidak ingin lakukan perubahan yang positif dan macam-macam lagi. Sehinggakan anda merasakan seperti, “Betul juga cakap diorang tu, aku memang takkan boleh capai impian aku”. Sedikit peringatan di sini, hanya diri anda sahaja yang boleh mengubah impian dan matlamat yang anda ada sekarang. Sama ada anda mahu meneruskan atau menghentikan perjalanan ke arah mencapai impian anda, keputusannya terletak di tangan anda, bukan orang sekeliling anda.
Kadang-kadang perkara seperti ini berlaku pada diri saya. Biasanya saya akan berkata pada diri sendiri, “Saya boleh lakukan, mereka tidak akan dapat menghalang saya dari mencapai impian saya”. Ingat, kejayaan terletak ditangan anda. Anda yang menentukannya!

Nota 3: Kenali Bulatan Kenalan (Circle Of Friends) Anda
“Untuk berjaya, maka bergaul dengan orang yang
berjaya”. Sebelum itu, saya ingin bertanya satu soalan. Adakah anda kini berkawan ataupun mempunyai kumpulan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai keinginan yang ingin berjaya dalam hidup mereka? Kenal pasti bulatan kenalan anda, jika mereka tergolong daripada kumpulan yang berfikiran negatif, maka nasihat saya agar anda tinggalkan mereka. Maksud saya di sini bukanlah anda tidak perlu berkawan dengan mereka langsung. Tetapi anda perlu kurangkan masa anda bersama mereka kerana mereka ini terdiri daripada golongan yang berfikiran negatif dan mungkin anda juga bakal “dijangkiti” penyakit berfikiran negatif ini. Jadi, cari rakan-rakan atau bulatan kenalan yang sudah berjaya atau inginkan kejayaan dalam hidup mereka.

Nota 4: Percaya Pada Diri Sendiri
Setelah anda mempunyai bulatan kenalan yang bersifat positif dan sentiasa dahagakan
kejayaan, saya yakin bahawa anda akan dapat mengekalkan momentum anda untuk mencapai
matlamat yang anda ingini. Tetapi semuanya tidak akan berjaya jika anda tidak percaya tentang diri anda sendiri. Maksud saya di sini, anda perlu meletakkan kepercayaan kepada diri anda sendiri bahawa anda boleh mencapai matlamat anda.
Kepercayaan terhadap diri sendiri memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai apa jua matlamat hidup. Jika anda bertanya kepada mereka yang sudah mencapai kejayaan dalam hidup mereka, sudah pasti mereka akan berkata bahawa kepercayaan terhadap diri sendiri merupakan punca utama mereka berjaya.

Nota 5: Bertindak! Asas Untuk Kecapi Kejayaan
BERTINDAK! Ayat ini merupakan ayat keramat bagi mereka yang ingin memulakan langkah bagi mencapai matlamat. Saya percaya, kebanyakkan daripada anda jarang melakukan tindakan. Walaupun mendapat suntikan semangat setelah membaca e-book ini, tetapi jarang sekali kita bertindak. Ambil contoh seperti ini, jika saya tidak bertindak untuk menulis e-book ini, maka anda tidak akan dapat memuat turun dan baca keseluruhan isi yang amat bermanfaat yang terkandung dalam e-book ini. Lihat bagaimana hasilnya jika kita melakukan tindakan? Saya pasti tindakan yang telah saya lakukan ini telah berjaya membuka mata kepada anda semua tentang mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup serta langkah-langkah untuk mengecapinya. Jadi, lakukan tindakan anda sekarang. Tindakan anda pada hari ini menentukan apa yang akan
berlaku pada masa akan datang. Jika anda malas, maka pada masa akan datang anda tidak akan berubah menjadi apa yang anda inginkan. Anda tetap menjadi seorang yang mundur dan tidak mempunyai matlamat hidup. Jadi fikir-fikirkanlah.

.:::Pengunjung Hari Ini:::.

Jam

Your website value?

Follow Me(" ,)

statistic

free counters

Belajar Buat Blog

Tips & Trick blogspot

UNIC